Program ni sebenarnya melibatkan staf-staf Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga sahabat-sahabatnya (gelaran bagi ahli-ahli AIM) di sekitar kawasan Pedu. Program ni merupakan satu program untuk merapatkan silaturrahim antara staf AIM dan juga sahabat-sahabatnya. Secara kebetulan aku di jemput untuk memeriahkan majlis. So, sudah pasti aku tak akan menolak jemputan tersebut di sebabkan 2 perkara. Yang pertama, ni la peluang aku untuk melihat dan meneroka Tasik Pedu kerana sebelum ni aku hanya mendengar cerita-cerita orang pasal tasik tersebut. Kedua, program tersebut adalah program makan-makan, so x mungkin untuk aku tolak rezeki..ahahaha.. Dari awal lagi aku dah ready bawa kamera untuk snap interesting pictures untuk aku kongsi bersama-sama dengan anda semua.
 |
Ni adalah pengkalan or tempat untuk menaiki bot meneroka Tasik Pedu |
 |
Ni adalah salah satu bot yang kami naik hari tu |
 |
Pak Cik ni adalah pemilik bot yang kami naiki hari tu..Walaupun sudah tua tapi kudratnya lebih daripada orang muda |
 |
Sebahagian daripada staf AIM yang join program tersebut |
 |
Perjalanan bermula |
 |
Permandangan Tasik Pedu daripada atas bot |
 |
Dah sampai di satu pulau kecil di tengah Tasik Pedu..ni la tempat we all masak dan makan-makan |
 |
Sebahagian lagi daripada staff AIM yang join program tersebut |
 |
Sebahagian daripada sahabat AIM dan juga anggota tentera yang menjaga kawasan Tasik Pedu turut memeriahkan program |
 |
Barang-barang untuk dimasak |
 |
Permandangan di pulau kecil |
 |
Permandangan Tasik Pedu daripada pulau |
 |
Bakar Ikan |
 |
Lagi permandangan di pulau kecil |
 |
Berkerjasama membakar ikan dan memasak |
 |
Ni pulak projek ternakan ikan sangkar oleh MADA di tengah Tasik Pedu |
 |
Sebahagian anak ikan yang diternak di dalam sangkar |
 |
On the way ke tempat pengumpulan madu lebah |
 |
Permandangan dari atas bot di tengah Tasik Pedu..bukit ni lah yang memisahkan Malaysia dengan Thailand |
 |
Permandangan dari atas bot..ni lah Pedu Lake Resort..tetapi resort ni telah ditutup 10 tahun yang lalu akibat kurang sambutan |
 |
Sampai di tempat pengumpulan madu lebah di salah satu pulau di tengah-tengah Tasik Pedu |
 |
Ni adalah pokok talang..di atas pokok ni lah madu di ambil |
No comments:
Post a Comment