Thursday, August 18, 2011

Kad Raya : Masih Relevan Atau Tidak???

Hari ni dah 18 hari kita berpuasa. Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan sambut hari raya Aidilfitri. So buat masa ni kebanyakan entri mungkin lebih kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hari raya agar dapat membangkitkan mood hari raya. Antara perkara yang sememangnya mampu menghadirkan mood dan kemeriahan hari raya adalah kad raya.

Suatu ketika dahulu kad raya boleh dikatakan satu benda wajib yang mesti ada bagi memeriahkan hari raya. Maka ramailah orang yang berpusu-pusu membeli kad raya untuk dihantar kepada teman, ibu, bapa, keluarga, tunang, suami, isteri dan sebagainya. Kebiasannya fenomena ini dapat dilihat bermula pada minggu kedua berpuasa. "Kegilaan" masyarakat terhadap kad raya menyebabkan banyak kedai dan gerai menjual kad raya wujud di mana-mana saja. Pada ketika itu pelbagai jenis kad raya yang wujud. Keadaan ini telah melahirkan satu suasana yang cukup menarik dan nostalgia.

Pada masa itu posmen-posmen memang terpaksa berkerja lebih masa bagi menghantar kad-kad raya yang bertimbun ke alamat yang tertera. Maka ramailah yang akan menunggu kedatangan posmen walaupun hari-hari biasa ramai yang buat tidak endah saja kepada posmen. Malah aktiviti menunggu kedatangan posmen menjadi rutin kepada sesetengah orang. Kenapa semua ini berlaku??? Jawapannya kerana penangan kad raya. Itu belum lagi melihat reaksi setiap orang yang mendapat kad raya yang dikirimkankan oleh kenalan masing-masing. Pelbagai ragam boleh dilihat pada ketika itu.


Tapi itu dulu. Sekarang suasana tersebut seolah-olah makin hilang ditelan arus kemodenan. Menghantar kad raya kepada kenalan bukan lagi menjadi satu perkara yang wajib bagi setiap orang. Kebanyakan orang pada masa kini lebih gemar menyampaikan ucapan hari raya melalui SMS, e-mail, Facebook, Twitter dan sebagainya. Leceh dan menyusahkan kata mereka kalau menggunakan kad raya kerana perlu membeli kad raya, setem dan ke pejabat pos. Maka mereka memilih untuk mengaplikasikan teknologi sebagai satu kaedah baru menyampaikan ucapan hari raya sebagai tanda ingatan.

Keadaan tersebut sedikit demi sedikit telah membunuh satu tradisi dan nostalgia bagi menyambut hari raya. Sebenarnya kita tidak menyedari tradisi menghantar kad raya makin hari makin hilang ditelan arus teknologi maklumat. Tetapi masih ada lagi sebilangan kecil yang masih mempertahankan tradisi ini. Biar bersusah payah sekalipun asalkan mereka mendapat satu kepuasan dan mengekalkan tradisi nostalgia agar tidak ditelan zaman. Soal masih relevan atau tidak kad raya sebenarnya bergantung kepada setiap individu. Bagi generasi baru mungkin mereka menganggap kad raya sudah tidak relevan dalam zaman serba moden ini. Tetapi bagi generasi lama mereka tetap mempertahankan tradisi yang menyeronokkan dan mengimbau nostalgia itu.

:

Tuesday, August 16, 2011

1 Malaysia Biar Berpada-pada

Semua warganegara Malaysia sudah pastinya mengetahui bahawa konsep 1 Malaysia yang direncanakan oleh kerajaan adalah untuk memantapkan perpaduan antara kaum di negara ini. Itu adalah main target konsep 1 Malaysia. Memang tidak dinafikan bahawa konsep tersebut memang bagus untuk menjaga keharmonian antara kaum di negara ini. Tambahan Malaysia sememangnya mempunyai penduduk pelbagai kaum yang mempunyai ciri-ciri adat, budaya dan amalan yang berbeza-beza. 

Tapi aku bukanlah nak jelaskan atau ulas berkenaan konsep 1 Malaysia. Apa yang aku nak bangkitkan di sini adalah tentang sikap sesetengah pihak yang asyik mengagungkan konsep 1 Malaysia. Contoh yang mudah adalah iklan hari raya. Hari raya ni umum mengetahui disambut oleh umat Islam bagi meraikan kejayaan berpuasa dan melawan hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan. So, iklan hari raya sememangnya salah satu "item" yang wajib ada untuk membangkitkan mood, nostalgia dan memeriahkan lagi suasana hari raya. 

Sepatutnya iklan hari raya biarlah mengetengahkan isu berkaitan hari raya dan umat Islam 100%. Takkan lah sampai iklan hari raya pun masih lagi nak selitkan konsep 1 Malaysia. Situasi ini dilihat seolah-olah menyentap nostalgia dan suasana hari raya. Kini semua iklan raya yang dibuat tidak lepas daripada konsep tersebut sehingga terdapat beberapa iklan sebelum ini terpalit kontroversi akibat menyelitkan budaya dan fahaman agama lain. Kini tiada lagi iklan yang betul-betul ada semangat hari raya seperti iklan pada suatu ketika dahulu. Tidak semua benda perlunya semangat 1 Malaysia. Berpada-padalah kalau nak bodek sekalipun.


Ni salah satu iklan terbaik yang memang ada semangat hari raya daripada Petronas


Monday, August 15, 2011

Media Arus Perdana vs Media Baru

Media arus perdana sememangnya berfungsi dan bertanggungjawab menyampaikan apa sahaja maklumat kepada semua rakyat di sesebuah negara. Hal ini kerana media arus perdana mendominasi medium penyampaian berita dan maklumat kepada awam. Oleh itu, sudah pastilah media arus perdana menjadi lebih dominan dan tumpuan masyarakat bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui sesuatu isu yang berlaku sama ada di dalam atau di luar negeri.

Di Malaysia, media arus perdana sudah pastilah terdiri daripada RTM, TV3, NTV7, 8TV, TV9, ASTRO, Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Sinar Harian, The Star dan The New Straits Times. Adakah semua media arus perdana tersebut mampu menyampaikan berita dan maklumat dengan tepat, telus dan tidak bias. Setiap orang pastinya mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing bagi persoalan berikut. Bagi aku, ketelusan, ketepatan dan keadilan media arus perdana menyampaikan berita dan maklumat sangat menyedihkan. Aku juga percaya ramai masyarakat sudah membuka mata dan menyedari akan kepincangan yang berlaku kepada media arus perdana dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan tidak bias.

Kenapa kesedaran ini timbul? Jawapannya sudah pastilah di sebabkan kewujudan media baru iaitu internet yang merangkumi laman web, e-mail, blog, facebook, twitter dan sebagainya. Kebelakangan ini media baru ini dilihat sudah mula mengambil alih peranan media arus perdana dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan  isu. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat mula mempunyai peluang yang lebih luas untuk mencari maklumat berkenaan sesuatu isu dengan lebih bebas. Daripada sini pelbagai maklumat yang diperolehi akan dinilai sendiri oleh masyarakat sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu, baik atau buruk dan juga tepat atau bias. Tambahan pula masyarakat kini sudah semakin bijak untuk menilai keadaan sesuatu isu dan ketelusan sesuatu maklumat.    

Tetapi tidak semua orang dapat "menikmati" media baru ini terutamanya masyarakat di luar bandar kerana tiadanya rangkaian yang dapat menghubungkan mereka dengan media baru ini. Di tambah pula dengan tahap kesedaran yang masih rendah berkenaan teknologi maklumat. Jikalau ada sekalipun masyarakat yang mempunyai rangkaian perhubungan media baru ini, jumlahnya masih lagi kecil. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil berat isu ini. Kepincangan dan ketidaksamaan dalam pembangunan teknologi maklumat ini sepatutnya tidak boleh dibiarkan berterusan. Setiap orang mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang sewajarnya. Pemberian notebook tanpa disertakan dengan rangkaian internet sebenarnya tidak mampu memberikan sebarang manfaat yang maksimum kepada masyarakat. Dalam menjalankan sesuatu tanggungjawab tidak usahlah seperti "melepaskan batuk di tangga."

Jika suatu hari nanti semua masyarakat mempunyai peluang yang sama rata dalam mendapatkan maklumat, pasti media arus perdana tidak akan relevan lagi jika media ini tidak mampu untuk menyampaikan maklumat dengan tepat, masih lagi bias dan dikawal oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri.

Kita mampu mengubahnya !!!



Kalau Saya Tension........

Ni adalah antara ayat yang kebanyakan orang akan cakap kalau berada dalam keadaan tension :


" kalau saya tension, saya akan makan coklat. "

" kalau saya tension, saya akan keluar bersiar-siar. "

" kalau saya tension, saya akan keluar dengan kawan-kawan. "

" kalau saya tension, saya akan pergi tengok wayang. "

" kalau saya tension, saya akan pergi karaoke. "

" kalau saya tension, saya akan jerit sekuat hati. "

" kalau saya tension, saya akan makan banyak-banyak. "

" kalau saya tension, saya akan dengar radio kuat-kuat. "

" kalau saya tension, saya akan menangis. "

" kalau saya tension, saya akan marah orang disekeliling saya. "

" kalau saya tension, saya akan bawak kereta laju-laju. "

" kalau saya tension, saya akan baling objek di sekeliling saya. "

" kalau saya tension, saya akan keluar shopping. "


Adakah semua perbuatan tersebut mampu menghilangkan tension kita sepenuhnya???

Apa kata kita ambil pendekatan lain yang lebih baik dengan mendirikan solat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah jiwa dan perasaan kita akan menjadi lebih tenang kerana mendirikan solat dan membaca Al-Quran akan mendekatkan kita dengan Allah. Mintalah pertolongan daripada Allah kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah.   

Sunday, August 14, 2011

Himpunan Mutiara Kata 1

1. Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

2. Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab seumpama pahlawan yang tiada senjata.

3. Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertakhtakan ratna mutu manikam. - Budiman

4. Adab dan akhlak adalah seperti pokok, dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayangnya. Biasanya orang lebih melihat bayang-bayang daripada melihat pokoknya. - Abraham Lincoln

5. Adab dan akhlak yang buruk itu adalah seperti tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. - Wahab bin Munabih

6. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri adalah puncak segala keberanian. - Hamka

7. Keadilan itu syurga bagi orang yang terkena zalim dan neraka bagi orang yang zalim - Umar Al-Khattab

8. Keadilan itu kubu yang tidak dapat dikarami air, tidak hangus dibakar api dan tidak boleh dihancurkan dengan meriam.

9. Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang tidak berharta susah hati, di akhirat orang tidak beragama lebih sengsara. -Saiyidina Abu Bakar

10. Mempunyai anak yang tidak tahu berterima kasih, lebih bisa daripada digigit ular. - William Shakespeare

11. Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. - Sayidina Ali Abi Talib

12. Orang yang menganggap dirinya paling bahagia biasanya benar-benar bahagia; tetapi orang yang menganggap dirinya paling bijaksana biasanya orang yang paling bodoh. - Colton

13. Adapun bahasa yang miskin tidak dapat menciptakan syair. Ilmu yang dangkal tidak dapat mengajuk laut. Hati yang kasar tidak dapat mengenal indah. - Hamka

14. Keberanian yang sebenar bagaikan layang-layang; sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah sebaliknya menaikkan. - John Petit Senn

15. Orang yang dapat melawan hawa nafsunya dan menahan kemarahan yang bernyala-nyala di dalam dirinya, dikatakan seorang yang benar-benar berani dan pahlawan. - Lidah Pendeta

16. Jangan bergaul dengan orang yang rendah budinya, kerana kerendahan budi itu seperti penyakit, berjangkit daripada orang yang sakit kepada orang yang sihat. - Pendeta

17. Jikalau tangan engkau pendek untuk membalas budi seseorang kepada engkau, maka hendaklah engkau memanjangkan lidah memujinya. - Pendeta

18. Barang siapa yang banyak ketawa, nescaya kurang hadibahnya (kurang disenangi). Barang siapa bergurau, nescaya dia dianggap ringan. Barang siapa banyak perkataannya, nescaya banyak jatuhnya (jatuh dalam kebohongan) - Umar Al-Khattab

19. Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuh dengan rumput.

20. Cinta adalah sebahagian daripada naluri manusia, maka alangkah baiknya jika ia tumbuh mengikut kewajarannya.

Saturday, August 13, 2011

DSLR : Keperluan Atau Menunjuk

Kamera DSLR adalah antara gadget yang popular pada masa kini. Kalau dulu hanya golongan jurukamera daripada kalangan wartawan saja yang menggunakan kamera jenis ini, tapi sekarang sudah ramai orang yang  mampu untuk memilikinya. Tapi tak semua orang mampu memilikinya kerana harganya yang begitu mahal sehingga mencecah ribuan ringgit. Tapi bagi penggemar foto, harga bukanlah menjadi masalah kerana bagi mereka kualiti gambar yang dihasilkan kamera DSLR dan kepuasan yang diperolehi adalah lebih penting.

Walaupun ramai yang memiliki kamera DSLR tapi tak semua di antara mereka yang tahu apakah maksud DSLR. DSLR sebenarnya singkatan daripada Digital Single-Lens Reflex. Untuk maklumat lanjut berkaitan DSLR, aku tak boleh nak jelaskan kerana aku sendiri pun tak memiliki gadget ini. So, I'am sorry. 

Tetapi itu bukanlah isu yang nak dibangkitkan. Isunya adalah berkaitan dengan sikap sesetengah individu yang memiliki kamera DSLR. Memang tak dinafikan bagi segelintir indivdu kamera DSLR adalah punca rezeki mereka dengan mengambil upah untuk photo shoot di majlis perkahwinan, birthday party dan juga pelbagai aktiviti lagi. Golongan ini memang serius dengan kerja mereka dan kita dapat lihat daripada tahap profenalisme mereka berkerja. Ada juga individu yang menjadikan kerja ini sebagai kerja sampingan tapi mampu mendatangkan hasil yang lumayan. Golongan ini sememangnya patut kita respect kerana mereka sanggup berpanas, meniarap dan pelbagai aksi lagi untuk menghasilkan foto yang menarik dan berkualiti untuk klien mereka.

Yang menjadi isu di sini ialah golongan kedua ini. Golongan ini juga antara mereka yang memiliki kamera DSLR tetapi tidak mengetahui apakah itu DSLR. Golongan ini gemar membawa ke mana saja kamera DSLR mereka tidak kira ketika ke supermarket, keluar lepak, keluar makan dan sebagainya. Perkara itu sememangnya tidak salah tetapi tindakan mereka yang gemar menggantung kamera DSLR di tengkuk tanpa tujuan itu sebenarnya menghadirkan pandangan sinis masyarakat terhadap mereka. Jelas masyarakat kini mampu untuk menilai yang mana satu jurukamera profesional dgn jurukamera yang hanya menunjuk-nunjuk kamera DSLR mereka. Memang itu kamera dan hak mereka. Tapi setiap tindakan yang dilakukan haruslah didahului dengan daya fikiran yang bijaksana dan pertimbangan sewajarnya.


Tidak perlu sebenarnya untuk bersikap menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan apa yang kita miliki. Kita perlu sedar kadang-kala orang di sekeliling jauh lebih hebat daripada kita dan tindakan yang kita lakukan kadang-kala akan menghadirkan kelucuan dan sindiran masyarakat terhadap kita. Hiduplah secara bersederhana kerana Islam menganjurkan bersederhana dalam semua hal.

p/s : pasni jangan terkejut kalau ada trend gantung peti ais, blender dan periuk belanga kat tengkuk

Friday, August 12, 2011

Hukum Minyak Wangi Beralkohol Dalam Solat

Entry kali ni adalah sambungan daripada entry yang sebelum ni iaitu berkaitan minyak wangi. Tapi yang ingin disentuh kali ni adalah berkaitan dgn hukum memakai minyak wangi yang mempunyai alkohol dalam solat. Di sini ada beberapa fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan isu ini :


1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. 

3. Fatwa Almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukumnya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk." 

4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1 menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS. 

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi DIBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya. 

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis


Daripada fatwa dan pendapat para alim ulama' tentang isu ini jelaslah bahawa hukum memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol di dalam solat adalah dibolehkan, harus dan sah solat. Hal ini di sebabkan tidak semua alkohol itu adalah najis. Bagi menguatkan hujah ini, penerangan daripada Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman yang mengendali zaharuddin.net telah dipetik bagi membantu pemahaman berkaitan perkara ini :

Dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut Mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).


Sebanyak 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis Denatured Alcohol yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis Ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute Ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. 

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol dalam solat adalah harus dan tidak menjejaskan solat seseorang. 

Aku dan Perfume


Aku sememangnya dari azali lagi suka pakai perfume. Ketika zaman sekolah dulu aku selalu 'ciluk' perfume abang aku. Yelah masa zaman sekolah dulu mana la mampu nak beli perfume. Duit yang ada pun hanya sekadar cukup untuk belanja membeli makanan time kat sekolah. Tetapi di sebabkan suka pada purfume tu tak boleh dikawal maka perfume abang aku selalu menjadi mangsa. Tambahan time tu abang aku memang miliki perfume  yang boleh dikatakan mahal la seperti Polo Sport, Dunhill, Calvin Klein dan sebagainya. So apa lagi memang habis la aku 'taram'. Mungkin daripada situ la aku mula mengenali jenama-jenama perfume yang mahal.


First perfume yang aku ada adalah daripada Avon. Itu pun kakak aku yang belikan. Tak mahal pun. Tapi cukuplah untuk aku ada perfume sendiri. Sementara first perfume yang aku beli dengan duit sendiri kalau tak silap aku adalah daripada jenama Romano. Itu pun murah ja. Tapi perfume tu memang cukup wangi. Kadang-kadang harga bukan menjadi ukuran tetapi kualiti itu adalah lebih penting. Perfume yang paling mahal aku miliki dan pakai adalah daripada brand Drakkar Noir. Itu pun ada orang yang hadiahkan. Kalau aku nak beli sendiri memang lambat la sikit.


Selepas itu, aku miliki beberapa perfume daripada beberapa jenis brand. Ada yang aku beli sendiri dan ada yang orang hadiahkan. Kebanyakan perfume yang aku miliki sememangnya mengandungi akohol. Bila tiba satu tahap aku mula fikir adakah boleh perfume yang mengandungi alkohol itu aku pakai dan bawa ke dalam solat. Sampai satu tahap aku tak akan memakai perfume kalau aku akan solat selepas itu. So aku rasa perlunya untuk aku cari maklumat tentang hukum memakai perfume yang mengandungi alkohol ni dalam solat. Nak tau apakah hukum memakai perfume yang mengandungi alkohol dalam solat?? Tunggulah entry yang berikutnya...........

p/s : aku dah mengantuk sebenarnya untuk menulis panjang-panjang.. =)

Wednesday, August 10, 2011

Makan-Makan Di Tasik Pedu

Program ni sebenarnya melibatkan staf-staf Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga sahabat-sahabatnya (gelaran bagi ahli-ahli AIM) di sekitar kawasan Pedu. Program ni merupakan satu program untuk merapatkan silaturrahim antara staf AIM dan juga sahabat-sahabatnya. Secara kebetulan aku di jemput untuk memeriahkan majlis. So, sudah pasti aku tak akan menolak jemputan tersebut di sebabkan 2 perkara. Yang pertama, ni la peluang aku untuk melihat dan meneroka Tasik Pedu kerana sebelum ni aku hanya mendengar cerita-cerita orang pasal tasik tersebut. Kedua, program tersebut adalah program makan-makan, so x mungkin untuk aku tolak rezeki..ahahaha.. Dari awal lagi aku dah ready bawa kamera untuk snap interesting pictures untuk aku kongsi bersama-sama dengan anda semua. 


 Ni adalah pengkalan or tempat untuk menaiki bot meneroka Tasik Pedu   
                                          
Ni adalah salah satu bot yang kami naik hari tu

Pak Cik ni adalah pemilik bot yang kami naiki hari tu..Walaupun sudah tua tapi kudratnya lebih daripada orang muda

Sebahagian daripada staf AIM yang join program tersebut

Perjalanan bermula

Permandangan Tasik Pedu daripada atas bot

Dah sampai di satu pulau kecil di tengah Tasik Pedu..ni la tempat we all  masak dan makan-makan

Sebahagian lagi daripada staff AIM yang join program tersebut

Sebahagian daripada sahabat AIM dan juga anggota tentera yang menjaga  kawasan Tasik Pedu turut  memeriahkan  program

Barang-barang untuk dimasak

Permandangan di pulau kecil

Permandangan Tasik Pedu daripada pulau

Bakar Ikan

Lagi permandangan di pulau kecil

Berkerjasama membakar ikan dan memasak

Ni pulak projek ternakan ikan sangkar oleh MADA di tengah Tasik Pedu

Sebahagian anak ikan yang diternak di dalam sangkar

On the way ke tempat pengumpulan madu lebah

Permandangan dari atas bot di tengah Tasik Pedu..bukit ni lah yang memisahkan Malaysia  dengan Thailand

Permandangan dari atas bot..ni lah Pedu Lake Resort..tetapi resort ni telah ditutup 10 tahun yang lalu akibat kurang sambutan

Sampai di tempat pengumpulan madu lebah di salah satu pulau di tengah-tengah Tasik Pedu

Ni adalah pokok talang..di atas pokok ni lah madu di ambil

Thursday, January 27, 2011

5 Fakta Menarik

Tahukah Anda :



1. Pemain paling tinggi yang bermain di Barclays Premier League 2010/2011 ialah Nikola Zigic yang bermain untuk Birmingham apabila mempunyai ketinggian 202cm.  




2.  Sementara pemain paling rendah yang bermain di Barclays Premier League 2010/2011  ialah Aaron Lennon yang bermain bersama pasukan Tottenham Hotspur apabila berketinggian 165cm.




3.  Kevin Davies yang bermain untuk Bolton merupakan pemain yang paling banyak melakukan kesalahan apabila mencatatkan jumlah kesalahan sebanyak 103 kali pada musim lalu. Pada musim ini, Davies juga tetap menjadi pemain yang paling banyak melakukan kesalahan iaitu sebanyak 72 kali setakat ini.




4.  Stoke City merupakan pasukan yang paling lama ditubuhkan dalam BPL apabila ditubuhkan pada 1863 dan kini berusia 148 tahun.




5.  Sementara pasukan Wigan Athletic pula merupakan pasukan yang paling 'muda' beraksi dalam BPL apabila kini berusia 79 tahun penubuhannya.

Tempoh Pasukan BPL Ditubuhkan



 Teams 
1Stoke City148
2Aston Villa137
3Bolton137
4Birmingham136
5Blackburn136
6Wolves134
7Everton133
8Man Utd133
9WBA133
10Sunderland132
11Fulham132
12Newcastle130
13Tottenham129
14Arsenal125
15Manchester City124
16Blackpool124
17Liverpool119
18West Ham Utd116
19Chelsea106
20Wigan Athletic79