Friday, August 12, 2011

Hukum Minyak Wangi Beralkohol Dalam Solat

Entry kali ni adalah sambungan daripada entry yang sebelum ni iaitu berkaitan minyak wangi. Tapi yang ingin disentuh kali ni adalah berkaitan dgn hukum memakai minyak wangi yang mempunyai alkohol dalam solat. Di sini ada beberapa fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan isu ini :


1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. 

3. Fatwa Almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukumnya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk." 

4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1 menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS. 

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi DIBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya. 

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis


Daripada fatwa dan pendapat para alim ulama' tentang isu ini jelaslah bahawa hukum memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol di dalam solat adalah dibolehkan, harus dan sah solat. Hal ini di sebabkan tidak semua alkohol itu adalah najis. Bagi menguatkan hujah ini, penerangan daripada Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman yang mengendali zaharuddin.net telah dipetik bagi membantu pemahaman berkaitan perkara ini :

Dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut Mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).


Sebanyak 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis Denatured Alcohol yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis Ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute Ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. 

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol dalam solat adalah harus dan tidak menjejaskan solat seseorang. 

No comments:

Post a Comment