Wednesday, January 26, 2011

West Ham Berjaya Dapatkan Gary O'Neil



West Ham telah berjaya menandatangani pemain midfield Middlesbrough, Gary O'Neil dengan tempoh kontrak selama 2 1/2 tahun setelah Hammers bersetuju untuk membayar yuran perpindahan bagi mendapatkan bekas bintang Portsmouth itu.

O'Neil yang menyertai Boro daripada Portsmouth dengan yuran perpindahan sebanyak £5m pada 2007 akan menyertai dan membantu West Ham untuk Separuh Akhir Carling Cup menentang Birmingham pada Rabu ini.

"Saya yakin dia sangat gembira bersama kami. Saya juga gembira dia boleh membantu kami." kata Avrant Gram.

O'Neil mengikut jejak langkah David Wheater meninggalkan Riverside, apabila Wheater telah menyertai Bolton pada minggu lepas. O' Neil akan mengambil tempat Valon Behrami di dalam pasukan West Ham selepas pemain antarabangsa Swiss itu berpindah ke Fiorentina.

No comments:

Post a Comment