Wednesday, January 5, 2011

Chelsea Badges


Chelsea Official Badges atau logo rasmi bagi pasukan Chelsea telah ditukar ganti sebanyak 5 kali sejak penubuhannya lebih seratus tahun yang lalu iaitu bermula pada tahun 1905. Setiap logo menunjukkan kegemilangan Chelsea daripada pelbagai era.



Badge 1905-1952
Logo pertama pasukan Chelsea



Badge 1952-1953

Ketika Ted Drake menjadi pengurus Chelsea pada tahun 1952, beliau mahukan imej baru pada logo pasukan Chelsea dengan gelaran baru iaitu The Blues.



Badge 1953-1986
Logo ini merupakan logo Chelsea yang paling terkenal dan digunakan selama 33 tahun. Reka bentuk logo ini diinspirasikan oleh  The Civic Coat of Arms dari Metropolitan Borough of Chelsea. Pada mulanya Chelsea tidak mengenakan logo ini di jersi mereka tetapi mula menggunakannya pada tahun 1960.



Badge 1986-2005
Logo keempat ini mula dicipta pada tahun 1986 dan digunakan selama 19 tahun. Beberapa perubahan telah dilakukan terhadap logo pasukan tetapi warna rasmi pasukan iaitu biru tetap dikekalkan.



Chelsea Logo Badge
Logo terbaru Chelsea ini dilancarkan pada bulan November 2004 dan digunakan sehingga kini. Logo ini dicipta berdasarkan salah satu logo dalam era 1950-an. Logo ini juga merupakan cermin untuk kejayaan Chelsea pada masa sekarang dan akan datang.

No comments:

Post a Comment