Tuesday, January 25, 2011

Siapa Al-Habsi?

Agak menarik untuk mengenali siapa sebenarnya Al-Habsi ini. Jika sebelum ini ramai yang tidak mengenali individu ini, tetapi nama ini tiba-tiba menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak terutamanya penyokong pasukan Wigan Athletic. 

Sebenarnya dah lama aku nak tau siapa sebenarnya Al-Habsi ini dan dari mana dia muncul seterusnya menjadi penjaga gawang utama pasukan Wigan. Mengapa aku begitu berminat nak tau pasal Al-Habsi? Aku tiba-tiba berminat nak tau pasal Al-Habsi ini sebab namanya. Sebab nama? Yeezzzaaa..Jarang sekali kita dengar nama pemain yang bermain di BPL berketurunan Arab atau datang dari negara Timur Tengah. Atas faktor inilah aku nak tau serba sedikit pasal Al-Habsi dan dari mana beliau tiba-tiba muncul. So cari punya cari akhirnya aku jumpa la serba ringkas info tentang Al-Habsi ini.

Name:Ali Al Habsi (on loan from Bolton)
Nationality:Omani
Date of Birth:28/12/1981
Height:6' 4" (194cm)
Weight:12st 6lbs (79.0kg)
Previous 
Clubs:Wigan Athletic (loan), Lyn Oslo
Position: Goalkeeper

Ali Al Habsi


Sebenarnya Al-Habsi merupakan penjaga gol bagi pasukan kebangsaan Oman dan juga pasukan Bolton. Malangnya ketika di Bolton beliau jarang beraksi dan hanya menjadi penjaga gol simpanan sahaja apabila peranan menjaga gawang Bolton kerap kali diberikan kepada Jussi Jaskelainen. Kemudian Wigan telah mendapatkan Al-Habsi secara pinjaman daripada Bolton untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan. Kemasukan Al-Habsi juga tepat pada masanya apabila dua penjaga gol Wigan iaitu Richard Kingson dan Vladimir Stojkovic meninggalkan pasukan Wigan pada musim panas yang lalu. 

Di samping itu, Roberto Martinez yakin bahawa penjaga gol berusia 30 tahun itu mampu untuk bersaing dengan  penjaga gol utama Wigan iaitu Chris Kirkland. Buktinya, kini Al-Habsi yang telah melakukan 70 kemunculan bersama pasukan kebangsaan Oman dan juga pernah bermain untuk Lyn Oslo dalam Norwegian Premier League telah menjadi pilihan utama Roberto Martinez untuk menjaga gawang Wigan. Di tambah pula dengan kecederaan kepala yang dialami oleh Kirkland telah memberi peluang yang lebih luas kepada Al-Habsi untuk menjadi penjaga gol utama bagi pasukan Wigan.

No comments:

Post a Comment