Wednesday, January 26, 2011

Chelsea Terus Berusaha Mendapatkan David Luiz

David Luiz


Chelsea terus mencari jalan penyelesaian terhadap tawaran mereka untuk mendapatkan pertahanan Benfica iaitu David Luiz. Chelsea telah membuat tawaran sebanyak £17m terhadap pemain antarabangsa Brazil berusia 23 tahun itu, tetapi ditolak oleh Benfica pada penghujung Disember yang lalu.

Bercakap selepas kemenangan Chelsea mengatasi Bolton 4-0 pada Isnin lepas, Carlo Ancelotti berkata masih tiada lagi persetujuan yang dicapai antara Chelsea dan Benfica berkaitan perkara tersebut. Ancelotti juga turut memuji pemain muda tersebut tetapi malangnya sebarang persetujuan belum lagi dicapai. Ancelotti menambah adalah baik untuk Luiz berada di Chelsea kerana dapat menghubungkan beliau  dengan rakan senegaranya iaitu Alex dan Ramires. 

Adakah Chelsea mampu untuk membawa David Luiz ke Stamford Bridge? Kita tunggu dan lihat selepas jendela perpindahan berakhir.

No comments:

Post a Comment