Wednesday, January 26, 2011

Liverpool Gagal Dapatkan Adam dan Suarez

  
       
                                               

Liverpool menemui kegagalan untuk mendapatkan Charlie Adam dari Blackpool dan Luiz Suarez dari Ajax apabila bidaan mereka untuk mendapatkatkan kedua-dua pemain tersebut ditolak. Penolakan untuk mendapatkan kedua-dua pemain tersebut berpunca daripada bidaan yang rendah dikemukakan oleh Liverpool.

Tawaran Liverpool sebanyak £4 juta (RM19.5juta) terhadap Adam telah membangkitkan kemarahan Ketua Eksekutif Blackpool, Karl Oyston walaupun Adam telah menyatakan hasratnya untuk berpindah ke Liverpool. Namun begitu, menurut pengurus Blackpool, Ian Holloway, Liverpool sememangnya salah satu pasukan yang berada dalam senarai beliau jika Adam mahu dijual. Tetapi jika Liverpool gagal menawarkan bidaan terbaik sudah pasti Oyston tidak akan bersetuju untuk melepaskan Adam. 

Sementara Ajax pula turut menolak tawaran Liverpool untuk mendapatkan Luiz Suarez setelah Liverpool membuat bidaan sebanyak  £26 juta (RM127juta). Bidaan ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai anggaran untuk penyerang Uruguay itu iaitu sekitar  £26juta (RM127juta).

Namun begitu, Liverpool pastinya akan terus memburu Suarez dengan meningkatkan jumlah bidaan setelah pemain sayapnya, Ryan Babel hampir pasti menyertai kelab Jerman, Hoffenheim dengan nilai perpindahan sebanyak  £7juta (RM34juta). Dengan terjualnya Babel sudah pasti Liverpool akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan lagi jumlah bidaan untuk membawa Suarez ke Anfield.

No comments:

Post a Comment