Tuesday, January 4, 2011

Permulaan 2011 Kurang Meyakinkan

Chelsea v Villa
Lampard kembali semula bersama Chelsea setelah mengalami kecederaan sejak Ogos tahun lalu.

Chelsea memulakan kempen memburu gelaran Barclays Premier League pada tahun baru dengan nota yang begitu mengecewakan apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang Aston Villa di Stamford Bridge. Chelsea dan Aston Villa masing-masing memerlukan kemenangan untuk merebut gelaran liga dan mengelak daripada berada di kelompok tiga terbawah. Franks Lampard yang kembali semula bersama pasukan Chelsea setelah pulih daripada kecederaan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke -22 setelah Florent Malouda dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun begitu Ashley Young berjaya menyamakan kedudukan setelah berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-40.

Aston Villa berjaya meletakkan pasukan pelawat di hadapan apabila berjaya menjaringkan gol pada minit 46. Serangan berterusan Chelsea akhirnya berjaya menjelmakan gol pada minit ke-84 hasil jaringan Didier Drogba. Selang tiga kemudian Chelsea berjaya mendapatkan gol ketiga hasil tandukan John Terry pada minit ke-89. Ketika kemenangan seolah-olah telah memihak kepada Chelsea, Ciaran Clark bijak melepasi perangkap offside untuk menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-91.

Keputusan seri ini, memberi tekanan kepada Chelsea untuk merebut gelaran liga seterusnya menyebabkan skuad kendalian Ancelotti ini terhumban ke tangga kelima di belakang Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Totenham Hotspur.


  • Updated
  • 17:54 02ndJanuary 2011
  • |
  • Home
  • |
  • Away
  • |
POSNAMEPWDLFAWDLFAGDPTS
1
199102762701412+2341
2
21632147622199+1741
3
2060322116322011+2039
4
206411794231314+736
5
207212273341411+1835
6
216411471541015+230
7
2154121122451216+529
8
2052414123151112+127
9
19622178126616-125
10
203342014415917-225
11
1822211115251519-425
12
214331293171425-825
13
2024310122631112-322
14
2042413152261321-1022
15
204421512127825-1421
16
213441416145817-1120
17
202541020234712-1520
18
202531114154810-519
19
19352910054914-619
20
204241415118619-1418

No comments:

Post a Comment