Tuesday, January 4, 2011

Welcome The Blues

 VS



Skuad bintang Chelsea di bawah kendalian Carlo Ancelotti akan datang ke Malaysia dan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan pada 21 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam program pra musim Siri Jelajah Asia 2011 pasukan itu ke rantau ini.

Jadi ini adalah peluang keemasan bagi peminat pasukan Chelsea untuk melihat pemain-pemain bintang Chelsea seperti Didier Drogba, Nicholas Anelka, Frank Lampar, Florent Malouda, John Terry dan sebagainya beraksi secara live di depan mata sendiri.


***yelah..kalau nak pegi tengok pasukan Chelsea beraksi kat Stamford Bridge tak semua orang mampu. Kos nak pegi sana pun dah makan beribu-ribu. Tiket nak masuk dalam Stamford Bridge pun dh beratus-ratus. Mahal siot!!! Kalau kat Stadium Bukit Jalil harga tiket seratus pun tak sampai. So ni la peluang untuk fans Chelsea menikmati aksi barisan bintang The Blues beraksi.


Selain itu, perlawanan ini juga diharapkan dapat memberi pengalaman berharga kepada pasukan kebangsaan dan dapat menguji kekuatan pasukan negara yang baru-baru ini telah merangkul Piala Suzuki AFF dalam tempoh 14 tahun. Para pemain kebangsaan juga perlu mengambil kesempatan ini dengan mempelajari pelbagai teknik, skill dan cara pemain-pemain Chelsea bermain.


***  Chaiyok Harimau Malaya!!! Buktikan Malaysia boleh kepada dunia...

No comments:

Post a Comment