| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Thursday, January 27, 2011
Top Scorer Barclays Premier League 2010/2011
Sehingga 27 Januari 2011 :
Real Madrid Buru Adebayor
Real Madrid melalui jurulatihnya, Jose Maurinho dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor. Bekas bintang Arsenal itu menjadi buruan Maurinho untuk menggantikan Gonzalo Higuain yang mengalami kecederaan dan terpaksa berehat panjang selepas menjalani pembedahan belakang.
Pemburuan Adebayor dilakukan setelah Real Madrid gagal dalam usahanya untuk mendapatkan bekas bintang kelab itu iaitu Ruud Van Nistelrooy yang kini bermain untuk Hamburg. Kegagalan itu berpunca daripada keengganan Hamburg untuk melepaskan Nistelrooy.
Usaha Real Madrid untuk mendapatkan Adebayor kemungkinan besar menjadi kenyataan apabila penyerang Manchester City itu tidak lagi diperlukan di City. Selain Adebayor, antara pemain lain yang turut dikaitkan dengan Real Madrid adalah Carlos Tevez dan juga penyerang Bayern Munich, Miroslav Klose.
Wednesday, January 26, 2011
Liverpool Gagal Dapatkan Adam dan Suarez
Tawaran Liverpool sebanyak £4 juta (RM19.5juta) terhadap Adam telah membangkitkan kemarahan Ketua Eksekutif Blackpool, Karl Oyston walaupun Adam telah menyatakan hasratnya untuk berpindah ke Liverpool. Namun begitu, menurut pengurus Blackpool, Ian Holloway, Liverpool sememangnya salah satu pasukan yang berada dalam senarai beliau jika Adam mahu dijual. Tetapi jika Liverpool gagal menawarkan bidaan terbaik sudah pasti Oyston tidak akan bersetuju untuk melepaskan Adam.
Sementara Ajax pula turut menolak tawaran Liverpool untuk mendapatkan Luiz Suarez setelah Liverpool membuat bidaan sebanyak £26 juta (RM127juta). Bidaan ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai anggaran untuk penyerang Uruguay itu iaitu sekitar £26juta (RM127juta).
Namun begitu, Liverpool pastinya akan terus memburu Suarez dengan meningkatkan jumlah bidaan setelah pemain sayapnya, Ryan Babel hampir pasti menyertai kelab Jerman, Hoffenheim dengan nilai perpindahan sebanyak £7juta (RM34juta). Dengan terjualnya Babel sudah pasti Liverpool akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan lagi jumlah bidaan untuk membawa Suarez ke Anfield.
West Ham Berjaya Dapatkan Gary O'Neil
West Ham telah berjaya menandatangani pemain midfield Middlesbrough, Gary O'Neil dengan tempoh kontrak selama 2 1/2 tahun setelah Hammers bersetuju untuk membayar yuran perpindahan bagi mendapatkan bekas bintang Portsmouth itu.
O'Neil yang menyertai Boro daripada Portsmouth dengan yuran perpindahan sebanyak £5m pada 2007 akan menyertai dan membantu West Ham untuk Separuh Akhir Carling Cup menentang Birmingham pada Rabu ini.
"Saya yakin dia sangat gembira bersama kami. Saya juga gembira dia boleh membantu kami." kata Avrant Gram.
O'Neil mengikut jejak langkah David Wheater meninggalkan Riverside, apabila Wheater telah menyertai Bolton pada minggu lepas. O' Neil akan mengambil tempat Valon Behrami di dalam pasukan West Ham selepas pemain antarabangsa Swiss itu berpindah ke Fiorentina.
Chelsea Terus Berusaha Mendapatkan David Luiz
Chelsea terus mencari jalan penyelesaian terhadap tawaran mereka untuk mendapatkan pertahanan Benfica iaitu David Luiz. Chelsea telah membuat tawaran sebanyak £17m terhadap pemain antarabangsa Brazil berusia 23 tahun itu, tetapi ditolak oleh Benfica pada penghujung Disember yang lalu.
Bercakap selepas kemenangan Chelsea mengatasi Bolton 4-0 pada Isnin lepas, Carlo Ancelotti berkata masih tiada lagi persetujuan yang dicapai antara Chelsea dan Benfica berkaitan perkara tersebut. Ancelotti juga turut memuji pemain muda tersebut tetapi malangnya sebarang persetujuan belum lagi dicapai. Ancelotti menambah adalah baik untuk Luiz berada di Chelsea kerana dapat menghubungkan beliau dengan rakan senegaranya iaitu Alex dan Ramires.
Adakah Chelsea mampu untuk membawa David Luiz ke Stamford Bridge? Kita tunggu dan lihat selepas jendela perpindahan berakhir.
Tuesday, January 25, 2011
Siapa Al-Habsi?
Agak menarik untuk mengenali siapa sebenarnya Al-Habsi ini. Jika sebelum ini ramai yang tidak mengenali individu ini, tetapi nama ini tiba-tiba menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak terutamanya penyokong pasukan Wigan Athletic.
Sebenarnya dah lama aku nak tau siapa sebenarnya Al-Habsi ini dan dari mana dia muncul seterusnya menjadi penjaga gawang utama pasukan Wigan. Mengapa aku begitu berminat nak tau pasal Al-Habsi? Aku tiba-tiba berminat nak tau pasal Al-Habsi ini sebab namanya. Sebab nama? Yeezzzaaa..Jarang sekali kita dengar nama pemain yang bermain di BPL berketurunan Arab atau datang dari negara Timur Tengah. Atas faktor inilah aku nak tau serba sedikit pasal Al-Habsi dan dari mana beliau tiba-tiba muncul. So cari punya cari akhirnya aku jumpa la serba ringkas info tentang Al-Habsi ini.
| Name: | Ali Al Habsi (on loan from Bolton) |
| Nationality: | Omani |
| Date of Birth: | 28/12/1981 |
| Height: | 6' 4" (194cm) |
| Weight: | 12st 6lbs (79.0kg) |
| Previous | |
| Clubs: | Wigan Athletic (loan), Lyn Oslo |
| Position: | Goalkeeper |
Sebenarnya Al-Habsi merupakan penjaga gol bagi pasukan kebangsaan Oman dan juga pasukan Bolton. Malangnya ketika di Bolton beliau jarang beraksi dan hanya menjadi penjaga gol simpanan sahaja apabila peranan menjaga gawang Bolton kerap kali diberikan kepada Jussi Jaskelainen. Kemudian Wigan telah mendapatkan Al-Habsi secara pinjaman daripada Bolton untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan. Kemasukan Al-Habsi juga tepat pada masanya apabila dua penjaga gol Wigan iaitu Richard Kingson dan Vladimir Stojkovic meninggalkan pasukan Wigan pada musim panas yang lalu.
Di samping itu, Roberto Martinez yakin bahawa penjaga gol berusia 30 tahun itu mampu untuk bersaing dengan penjaga gol utama Wigan iaitu Chris Kirkland. Buktinya, kini Al-Habsi yang telah melakukan 70 kemunculan bersama pasukan kebangsaan Oman dan juga pernah bermain untuk Lyn Oslo dalam Norwegian Premier League telah menjadi pilihan utama Roberto Martinez untuk menjaga gawang Wigan. Di tambah pula dengan kecederaan kepala yang dialami oleh Kirkland telah memberi peluang yang lebih luas kepada Al-Habsi untuk menjadi penjaga gol utama bagi pasukan Wigan.
Wednesday, January 5, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)